PENGENALAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bertanggung jawab dalam menerapkan rangka kerja DGCCR ke dalam perkhidmatan awam bermula pada tahun 2021.
DGCCR merupakan satu inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital penjawat awam pada setiap peringkat serta peranan dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan digital kepada rakyat sejajar dengan era ledakan digital dan perkembangan Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
PROGRAM DGCCR CERTIFIED TRAINER 2.0
Pelaksanaan Program DGCCR Certified Trainer terdiri daripada lima (5) komponen utama iaitu:
a. Pengenal pastian Calon Pelatih DGCCR Certified Trainer
b. Taklimat Dan Pelantikan Calon Pelatih DGCCR CT
c. Pelaksanaan Kursus DGCCR Certified Trainer
d. Penilaian Mastery
e. Majlis Pentauliahan
Pelatih DGCCR Certified Trainer telah dipilih menerusi pencalonan dari semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Negeri. Selain itu, pemilihan juga dibuat berdasarkan permohonan penjawat awam yang memohon untuk menyertai program ini menerusi iklan pencarian DGCCR Certified Trainer di Portal Intan Event Management Gateway pada bulan Januari 2022. Ke semua pelatih DGCCR Certified Trainer yang dipilih adalah di kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 48) dari pelbagai skim perkhidmatan.
Setiap pelatih perlu menghadiri Kursus DGCCR Certified Trainer mengikut jadual yang telah ditetapkan dan akan mempelajari dua (2) modul iaitu:
a. Modul Train The Trainer (TTT)
b. Modul DGCCR
Setelah menghadiri kursus, setiap pelatih pula perlu menghadiri Modul Mastery iaitu Program Minda Dan Budaya Digital sebagai penceramah di program tersebut. Semasa memberi ceramah, keupayaan penyampaian pelatih akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.
Majlis pentauliahan akan diadakan untuk mentauliahkan para pelatih yang telah berjaya menyempurnakan Kursus DGCCR Certified Trainer dan melalui proses Penilaian Mastery yang telah ditetapkan.
DGCCR Certified Trainer yang telah ditauliahkan menerusi program ini, secara rasminya berkelayakkan untuk memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan kompetensi digital sektor awam seperti berikut:
a. Penceramah DGCCR di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi tempat bertugas;
b. Penceramah DGCCR dibenarkan untuk menyampaikan input di luar jabatan bertugas; dan
c. Penceramah DGCCR di bawah seliaan serta penyelarasan INTAN bagi pembangunan kompetensi digital yang berterusan kepada kumpulan sasar